Jauteh mengagihkan 'goodies' kepada pemandu kenderaan awam semasa pelancaran OP SELAMAT 18 di Kg Meruntum Lok Kawi Putatan hari ini.

PDRM Sabah Lancar OP SELAMAT 18/2022 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SELAMAT 18/2022 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 28 April hingga 8 Mei ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Jauteh Dikun berkata, pengguna jalan raya di seluruh Sabah dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi segala peraturan lalu lintas ketika balik kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“OP SELAMAT 18 yang dilancarkan ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya tetapi juga memastikan bahawa keselamatan harta benda yang ditinggalkan oleh masyarakat yang balik berhari raya di kampung.

“Adalah dinasihatkan bahawa masyarakat yang balik ke kampung untuk berhari raya supaya memaklumkan kepada jiran tetangga atau balai-balai polis berdekatan tentang tempoh mereka balik kampung supaya pihak polis dapat merancang rondaan yang berkala di kawasan-kawasan berkenaan untuk memastikan bahawa elemen-elemen jenayah itu dapat diatasi dan memudahkan sebarang tindakan serta merta sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

“Manakala bagi pengguna jalan raya dinasihatkan bukan sahaja utamakan keselamatan nyawa tetapi keselamatan diri dan fikiran semasa memandu. Sebagai contoh janganlah berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi tetapi memandu secara berhemah untuk memastikan keselamatan semua dan mengelak dari risiko kemalangan jalan raya,” katanya semasa melancarkan OP SELAMAT 18/2022 sempena Hari Raya Aidilfitri di Kg Meruntum Lok Kawi, di sini, hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah menjayakan program OP SELAMAT 18 ini termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi kerajaan lain.

Selepas acara pelancaran, Jauteh turut mengagihkan ‘goodies’ kepada petugas OP SELAMAT 18 dan pemandu-pemandu kenderaan awam yang lalu di kawasan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *