HomeIsu tempatanNelayan warga tempatan dikhuatiri jatuh laut

Nelayan warga tempatan dikhuatiri jatuh laut

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUDAT : Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan satu operasi Carilamat berikutan aduan berkenaan seorang kru bot nelayan tempatan disyaki jatuh laut di perairan Bak-bak, Kudat awal pagi, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, operasi Carilamat itu diaktifkan pada jam 9 pagi tadi dengan melibatkan aset-aset Maritim Malaysia serta dibantu agensi-agensi berkaitan.

Katanya, antara agensi terlibat membantu termasuklah Polis; Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM)

“Bot mangsa dilaporkan keluar dari jeti nelayan Kudat pada jam 5 petang semalam menghala ke perairan Pulau Balambangan, Kudat untuk menangkap ikan.

“Tekong hanya menyedari mangsa Ardin Juidin, 29, warga tempatan tiada di atas bot setelah satu jam perjalanan dan terus melakukan pencarian, namun gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Boon berkata, mangsa juga dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol semasa menaiki bot keluar dari jeti.

Katanya, sebuah bot ronda Zon Maritim Kudat telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal sejurus menerima makluman daripada Balai Polis Kudat berkenaan kejadian.

“Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat atau petunjuk berkaitan kejadian kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 bagi memudahkan usaha pencarian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya