HomeUtamaPesta Kaamatan kembali diadakan secara fizikal

Pesta Kaamatan kembali diadakan secara fizikal

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah kembali diadakan secara fizikal tahun ini selepas hampir dua tahun dilaksanakan secara hibrid.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia selepas negara beralih ke fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu yang memberi kelonggaran untuk mengadakan aktiviti sosial.

Walaubagaimanapun katanya, penganjuran di peringkat induk dan daerah akan sentiasa memastikan agar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi bagi mengelak berlakunya jangkitan COVID-19.

“Pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan berlangsung pada Ahad ini yang akan diadakan bertempat di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

“Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini turut disambut secara fizikal di semua daerah dan beberapa Cawangan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) di Semenanjung.

Antaranya di Johor, Melaka, Klang Valley dan Putrajaya selain warga Sabah di luar negara seperti New Zealand, Australia (Perth) dan USA (New York) yang turut merancang mengadakan sambutan di sana.

Dr Jeffrey berkata, beberapa aktiviti akan diadakan sempena majlis pelancaran itu yang sebelum ini tidak dapat diadakan atau hanya diadakan secara hibrid akan diadakan semula secara fizikal.

Katanya, akiviti itu akan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan yang melibatkan penyertaan dan hadiah seperti pertandingan unduk ngadau, sugandoi, sukan rakyat, masakan tradisi dan paluan gong.

“Antara aktiviti lain yang diadakan ialah Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Sabah Tahun 2022, pameran dan jualan kraftangan, konsert Kaamatan, gerai jualan dan cabutan tiket bertuah yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.

“Manakala, kemuncak sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Hongkod Koisaan, KDCA pada 30 dan 31 Mei depan.

“Majlis perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 31 Mei. Tema sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi, Kaamatan Monunduan Do Winorun dan Kaamatan Ensouls Nature,” katanya.

Katanya, pihaknya turut berharap sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini dapat diraikan dengan meriah di semua peringkat melalui keharmonian dan perpaduan antara kaum di Negeri Sabah.

“Justeru itu, semua pihak perlulah sentiasa memastikan keselamatan diri dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya