HomeUtama3 suspek samun, serang warga emas dituduh di mahkamah 

3 suspek samun, serang warga emas dituduh di mahkamah 

Read Time:51 Second

CYBERJAYA — Tiga suspek rompak berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang wanita warga emas dan anak perempuannya dituduh di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, dua suspek dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi suspek dituduh mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan.

“Bermula 27 Mac 2022 sehingga 11 Apr, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan yang lengkap telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya dan telah mendapat arahan tuduh terhadap tiga orang suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Idzam dilaporkan berkata, warga emas itu yang ingin keluar makan bersama anaknya, disamun dua lelaki bermotosikal bersenjatakan parang.

Berikutan kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan mengalami kerugian dianggarkan RM25,000.

Menurut beliau, kejadian samun yang sempat dirakam orang awam dan tular dalam media sosial itu, menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong, sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya