Hajiji bergambar bersama anak-anak yatim dan penganjur di majlis itu.

Pegawai Daerah Nabawan Diminta Hubungi Pihak JKM Untuk Dapatkan Peruntukan Kemudahan Bot Di Kg Nangkawangan – Hajiji

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pegawai Daerah Nabawan diminta berhubung terus kepada Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk mendapatkan peruntukan bagi membeli sebuah bot enjin sangkut atau perahu bagi kemudahan penduduk yang terkesan terputus perhubungan jalan di Kg Nangkawangan di daerah Nabawan akibat banjir pada bulan Mac lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berkenaan jambatan gantung terputus semasa banjir di Kg Nangkawangan, Nabawan baru-baru ini, in sha Allah kerajaan akan bina jambatan baru bagi kemudahan bukan saja untuk anak-anak sekolah tetapi penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.

“Kalau bot yang mereka mahu, in sha Allah kita boleh luluskan dengan segera saya minta pegawai daerah berhubung dengan pejabat saya untuk mendapatkan peruntukan membeli bot enjin sangkut atau perahu. Saya minta pegawai Daerah Nabawan di kawasan tersebut untuk berhubung terus dengan Jabatan Ketua Menteri.

“Saya pun dapat makluman bahawa Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup telah menyatakan komitmen beliau bahawa jambatan gantung yang terputus akan dibina semula,” katanya mengulas mengenai video tular pada Khamis, beberapa orang murid dari Kg Nangkawangan menyeberangi sungai dengan menggunakan cara rakit, ‘zip line’ dan ‘flying fox’ untuk ke sekolah.

Terdahulu, Hajiji menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih anjuran bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA Sabah), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM Sabah) dan Dewan Perdagangan & Industri Asean (ACCI Sabah) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Jumaat.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dan Duit Raya kepada seramai 38 orang dari rumah anak yatim/kebajikan Rumah Amal Kasih, Kingfisher dan Rumah Tunas Bakti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *