IPD Kota Marudu Lancar OP SELAMAT 18/2022, Perhebat Kawalan Keselamatan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu turut mengadakan Majlis Pelancaran OP Selamat 18/2022 Sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Perkarangan Supermarket Servay Jaya di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, tujuan majlis ini diadakan bagi memastikan objektif Op Selamat 18/2022 tercapai.

Katanya, Op Selamat 18/2022 dilaksanakan bermula 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022, dengan mengekalkan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi,” operasi kali ini tetap memfokuskan kepada dua objektif utamanya iaitu pencegahan jenayah pecah rumah dan usaha meminimumkan kadar kemalangan jalan raya.

Justeru itu, bagi meningkatkan keberkesanan OP Selamat 18 kali ini, IPD Kota Marudu berkelolaberasi bersama beberapa Jabatan/Agensi Penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(Bomba), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Sepanjang tempoh operasi, semua elemen Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Bit akan digerakkan secara hoslistik dan sistematik. Manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah akan turut melaksanakan OP Lancar bagi memastikan kelancaran aliran trafik di laluan atau jalan-jalan utama yang dijangka mengalami kesesakan lalu lintas.

“Masyarakat yang meninggalkan rumah sempena musim perayaan ini disarankan mengisi Borang Balik Kampung yang boleh diperolehi di mana-mana balai polis berdekatan atau memaklumkan PDRM melalui Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” kata kenyataan itu.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak, KBSPTD, Insp Noorishamudin Ismail, Pengurus Servay Jaya Kota Marudu, Penny Chin Siau Vun, Ketua-Ketua Bahagian PDRM IPD Kota Marudu, Ketua-Ketua Jabatan Pasukan Sahabat, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Amanita dan orang Awam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *