HomeUtamaPemandu wanita lawan arus positif dadah 

Pemandu wanita lawan arus positif dadah 

Read Time:48 Second

CYBERJAYA — Polis menahan seorang wanita tempatan kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan berlakunya kemalangan di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial apabila sebuah rakaman video berdurasi lapan saat menunjukkan kemalangan yang berlaku di laluan sehala.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Rupiah Abd Wahid, kejadian kira-kira 1.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila wanita berusia 30 tahun itu memandu Toyota Vios secara melawan arus dan melanggar bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah kereta.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun ujian saringan air kencing suspek yang juga penganggur itu didapati positif dadah jenis amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan supaya menyalurkannya kepada IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular