HomeUtamaCOVID-19 : Orang ramai disaran terus guna pelitup muka - Masidi

COVID-19 : Orang ramai disaran terus guna pelitup muka – Masidi

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah masih merekodkan peratusan jangkitan sporadik yang tinggi pada setiap hari meskipun jumlah kes harian di negeri ini dilaporkan rendah sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, statistik menunjukkan peratusan jangkitan sporadik di Sabah hari ini naik hampir 65 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini.

“Ini bermakna risiko jangkitan virus masih tinggi khususnya semasa berada di khalayak ramai lebih-lebih lagi di tempat-temat yang penuh sesak.

“Atas faktor inilah kita amat menyarankan agar penggunaan pelitup muka terus diamalkan seperti biasa walaupun kelonggaran diberi mulai 1 Mei iaitu esok,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah jangkitan harian di negeri ini bertambah dua kes berbanding semalam namun dilihat masih stabil dan terkawal menjadikan jumlah naik kepada 48 kes hari ini.

Katanya, trend jangkitan di keseluruhan daerah di Sabah kekal sama, iaitu kes harian turun-naik dalam skala yang kecil.

“Hari ini Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes baharu dua angka dengan  12 kes (+4). Semua daerah lain mencatatkan kes satu angka termasuk 12 daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 44 orang daripada 48 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala 4 kes lagi dalam Kategori 4. Tidak ada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dilaporkan hari ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya