HomeUtamaKerajaan Negeri Akan Bina Semula Jambatan Gantung Yang Rosak Di Nabawan -...

Kerajaan Negeri Akan Bina Semula Jambatan Gantung Yang Rosak Di Nabawan – Hajiji

Read Time:54 Second

BERNAMA

TUARAN: Kerajaan Sabah akan membina semula sebuah jambatan gantung di Nabawan yang rosak dan dihanyutkan dalam kejadian banjir pada bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, sementara jambatan itu siap, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pejabat daerah terlibat untuk membeli bot dan enjin sangkut bagi kegunaan penduduk merentasi sungai bagi menjalani aktiviti harian.

“Kita ambil tindakan segera bila-bila masa kita buat yang penting pegawai daerah beli dahulu bot dan enjin sangkut, jika boleh hari ini juga kita beli dan kita sudah bagi peruntukan sebagai langkah sementara menunggu jambatan gantung siap,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini antara lain bagi membincangkan perlaksanaan program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di negeri ini.

Tular di media sosial video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan zip line untuk menyeberangi sungai di Nabawan susulan jambatan gantung merentang sungai, yang menjadi laluan utama penduduk kampung, hanyut akibat arus sungai deras dalam kejadian banjir itu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular