HomeUtamaMOTAC terus jalin kerjasama dengan Sabah terokai produk pelancongan baharu

MOTAC terus jalin kerjasama dengan Sabah terokai produk pelancongan baharu

Read Time:1 Minute, 15 Second

LAHAD DATU : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi menerokai dan mengenalpasti produk pelancongan baharu di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini termasuklah pelancongan berasaskan selam skuba skuba yag menjadi tarikan pelancong luar untuk ke negeri ini yang turut kaya dengan keindahan pulau-pulau.

Katanya, pihaknya telah mengenal pasti `Blue Ring Hole’ di Terumbu Tingkayu Teluk Darvel di sini sebagai produk pelancongan baharu negara yang mempunya struktur lubang biru sebanyak dua lubang berbanding 10 tapak Blue Ring Hole di dunia yang lain.

“Dengan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lalu, sudah tentunya pelancong asing yang pernah ke negara ini akan kembali semula untuk merasai pengalaman itu lagi.

“Sudah pasti kita menggalakan orang ramai khususnya pelancong untuk datang ke sini dan ini menjadi satu bukti bahawa tempat ini selamat untuk dilawati selain mengadakan aktiviti pelancongan.

“Ini kerana, para petugas anggota keselamatan yang bertugas disini amat komited menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan peka dengan keadaan sekeliling sehingga kami juga selesa untuk berada disini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Blue Ring Hole dan Pulau Tabawan disini kelmarin.

Justeru itu, Nancy berkata, pihaknya menyeru penduduk setempat untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan bagi membantu menjana pendapatan rakyat khususnya di daerah ini.

“Sudah pasti, kita akan terus  komited untuk memastikan usaha yang diambil dalam memulihkan pelancongan di negara ini akan berada pada landasan yang betul dan mencapai kejayaan dalam jangka masa ditetapkan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya