HomeUtamaKPM ambil berat keselamatan murid - Mohamad

KPM ambil berat keselamatan murid – Mohamad

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat mengenai keselamatan murid dan pelajar di semua sekolah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, KPM juga akan terus memantau selain menjalin kerjasama dengan beberapa agensi bertanggungjawab bagi memastikan aspek berkenaan tidak diabaikan.

“Meskipun perkara itu di luar kawasan sekolah atau institusi milik kementerian namun KPM tetap memberikan perhatian yang sewajarnya.

“KPM memandang berat tentang keselamatan pelajar-pelajar di semua sekolah dan KPM akan terus memantau selain bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular mengenai murid sekolah di Kampung Nangkawangan, Nabawan yang terpaksa menaiki rakit atau bergayut pada kabel `zip line` untuk menyeberangi sungai selepas jambatan gantung di kampung berkenaan musnah akibat banjir bulan lalu.

Mohamad berkata, jambatan gantung yang terputus akibat banjir itu merupakan jambatan awam dan bukan berada di dalam kawasan sekolah.

“Alat yang dibuat dan dinaiki oleh budak-budak itu sebenarnya adalah untuk menghantar barang-barang orang kampung tetapi macam mana mereka tertarik untuk naik benda itu kita tidak tahu.

“Namun apabila kena rakam,ianya telah jadi isu d luar kawasan pula.  Saya difahamkan ada juga jalan alternatif lain untuk menyeberang sungai tapi memag jauh sedikit,”katanya.

Beliau turut difahamkan bahawa Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup sudah mendapat kelulusan untuk membina jambatan gantung baharu yang kini hanya menunggu pelaksanaan.

“Sementara menunggu jambatan itu siap, pihak kerajaan akan membekalkan beberapa bot untuk orang kampung dan murid-murid menggunakan laluan itu untuk menyeberang.

“Sebenarnya isu ini tidak kena mengena dengan KPM sebab infrastuktur itu adalah infrastuktur awam dan bukan di kawasan sekolah.

“Namun apabila tular video budak-budak sekolah itu, ianya seolah-olah isu KPM sedangkan iannya adala di bawah tanggungjawab agensi lain.  Difahakan pejabat daerah dan ICU sedang menangani isu ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya