HomeIsu tempatanBudaya 'Menduang' Kampung Sambah sangat istimewa - Jahid

Budaya ‘Menduang’ Kampung Sambah sangat istimewa – Jahid

Read Time:1 Minute, 22 Second

TAMPARULI: Budaya ‘menduang’ oleh masyarakat Kampung Sambah Tenghilan, boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi sebagai tarikan kepada aktiviti pelancongan Sabah khususnya di daerah ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, aktiviti menghidang makanan dengan Tudung Duang yang berwarna-warni bercorak tradisional itu mampu menarik ramai pengunjung ke kampung itu, jika diteruskan.

“Contohnya semasa berbuka puasa tadi, bukan saja makanannya yang sedap, tetapi cara persembahan berbuka tadi juga amat menarik, di mana tudung beraneka warna itu diletakkan di seluruh kawasan, sebelum dibuka beramai-ramai secara  perlahan-lahan ketika masuk waktu berbuka,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan  Majlis Santunan Kasih Ramadan, anjuran Jabatan Hal Ehwal, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Baitul Jannah, Kampung Sambah disini semalam.

Jahid berkata, unsur-unsur tradisi dalam adat ‘menduang’ boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam menaikkan aktiviti pelancongan di Kampung Sambah.

Katanya, perkara asas dan paling kelihatan adalah, keikhlasan masyarakat setempat dalam menyantuni pengunjung, dari kampung atau negeri lain kelak.

“Usaha itu turut memperlihatkan bahawa kampung ini masih mengamalkan semangat tolong-menolong yang sangat tinggi,”katanya.

Untuk rekod, Tudung Duang merupakan hasil kraftangan tradisional yang terkenal dalam masyarakat Bajau yang digunakan untuk menutup sajian makanan daripada terkena serangga dan kotoran.

Menurut penduduk di sini, Tudung Duang kebiasaannya dihasilkan daripada daun serdang, pandan, buluh, dan daun kelapa.

Terdapat juga Tudung Duang yang diperbuat daripada daun Serdang, kemudian disalut dengan kain baldu.

Bagi sesetengah penduduk di sini, Tudung Duang berbentuk tudung saji yang berbagai saiz itu juga boleh sebagai hiasan di rumah masing-masing.

Pada program tersebut, Jahid serta rombongan telah menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya