Khaligrafi Islam Nusantara lahirkan penulis khat bermutu tinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Pertandingan Khaligrafi Islam (Khat) Nusantara kali ketujuh 2022 kembali diadakan pada tahun ini yang bertujuan melahirkan penulis khat atau kaligrafi bermutu tinggi.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ianya juga bagi memastikan seni penulisan khat dapat terus berkembang dan lestari di negeri ini.

“Saya mengalu-alukan semua penulis khaligrafi di Nusantara ini agar dapat menyertai pertandingan ini yang mana hadiah lumayan kepada para peserta disediakan.

“Seperti mana pertandingan sebelum ini, kita telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada negara-negara ASEAN khususnya daripada Indonesia,Malaysia, Brunei dan beberapa negara yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara Sabah kali ketujuh 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Katanya, peraduan itu juga bertujuan bagi melestarikan seni budaya khususnya yang berkaitan seni khat.

“Kita juga mahu menggalakkan dan melahirkan karya-karya seni khat yang bermutu tinggi.  Kita turut berharap mudah-mudahan Sabah akan menjadi dataran perkembangan dan memartabatkan seni khat di negeri ini,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *