HomeUtamaJonathan Santuni Pesakit Di Wad Hospital Ranau

Jonathan Santuni Pesakit Di Wad Hospital Ranau

Read Time:1 Minute, 7 Second

RANAU: Seramai 116 pesakit yang dimasukkan di wad hospital daerah ini meluah rasa gembira apabila menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan  Yasin di sini, hari ini.

Sempena lawatan itu, Datuk Jonathan telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para pesakit sebagai antara usahanya meringankan beban para pesakit terlibat.

Sebahagian Staf Hospital Ranau dan pesakit merakam gambar dengan Datuk Jonathan  (belakang) bersama Dr.Eva dan Florencia bersama rombongan sebelum memulakan pengagihan sumbangan kepada para pesakit di Wad Hospital.
Sebahagian staf Hospital Ranau dan pesakit merakam gambar dengan Datuk Jonathan  (belakang) bersama Dr Eva dan Florencia serta rombongan sebelum memulakan pengagihan sumbangan kepada para pesakit di wad hospital.

Pengarah hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Suhali berkata, bagi pihak hospital merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas keprihatinannya menyantuni para pesakit yang berada di wad hospital tersebut.

“Sumbangan seumpama ini patut dicontohi oleh para pemimpin lain sebagai altenatif membantu meringankan bebanan para pesakit yang masih dalam rawatan  pihak hospital (dalam Wad),” katanya.

Menurutnya, warga Ranau bertuah kerana, ada pemimpin seperti Datuk Jonathan satu-satunya Ahli Parlimen di Sabah yang membiayai kos rawatan pesakit yang dimasukkan dalam wad kerana semua kos rawatan termasuk pesakit yang terpaksa menerima rawatan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dibiayai oleh Datuk Jonathan dengan syarat pesakit itu adalah orang dari daerah Ranau”, tambah Dr Eva.

Turut hadir pada program itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian bersama rombongan  Datuk Jonathan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau serta staff hospital Ranau.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya