HomeSukanMasa depan Salah di Anfield Masih Kabur

Masa depan Salah di Anfield Masih Kabur

Read Time:55 Second

LONDON: Mohamed Salah mungkin tergoda dengan peluang untuk berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) atau kelab Sepanyol kerana ketidakpastian yang berterusan mengenai masa depannya di Liverpool.

Pemain sayap itu masih belum komited terhadap kontrak baharu Liverpool dengan perjanjian semasanya akan tamat pada Jun 2023.

Seperti dilaporkan oleh The Telegraph, Liverpool mungkin perlu mempertimbangkan untuk menjual Salah bagi mengelak kehilangannya secara percuma.

Salah masih belum memberi sebarang petunjuk bahawa dia akan kekal di Anfield dan itu akan memberi isyarat kepada gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Kemungkinan Salah menuju ke PSG dan menyertai skuad bergelar bintang juga tampak sesuatu yang menarik.

Salah adalah penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 22 gol selain turut menjadi pembantu kepada 13 jaringan. Dia dipilih sebagai pemain lelaki terbaik tahun ini oleh Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA).

Kehilangan Salah sudah pasti akan menjadi tamparan hebat buat Liverpool terutamanya ketika pengurus Jurgen Klopp, yang baru-baru ini menandatangani kontrak baharu sedang berusaha untuk mengekalkan standard tinggi kelab itu.

Sejak menyertai Liverpool pada 2017, Salah sudah memenangi gelaran EPL, Liga Juara-Juara dan Piala Carabao. 

– AGENSI

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya