HomeUtamaCOVID-19 : Kes baharu diramal kembali meningkat di Sabah selepas Aidilfitri, Kaamatan

COVID-19 : Kes baharu diramal kembali meningkat di Sabah selepas Aidilfitri, Kaamatan

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU :  Kes jangkitan COVID-19 di Sabah diramal akan kembali meningkat selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri  dan Pesta Kaamatan yang diadakan sepanjang Mei ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini selepas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa jumlah kes baharu di negara ini dijangka bertambah selepas Aidilfitri.

“Kita juga meramalkan trend yang sama akan berlaku di Sabah apatah lagi negeri ini juga akan  menyambut perayaan Pesta Kaamatan sepanjang bulan Mei.

“Tetapi kita boleh mengurangkan angka pertambahan tersebut dengan mengamalkan sikap yang bertanggungjawab semasa menyambut kedua perayaan ini,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, semua masyarakat juga turut diseru untuk terus mematuhi semua saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan prosedur standard operasi (SOP) termasuk penggunaan pelitup muka meskipun tidak lagi mandatori di ruang terbuka.

Katanya, data kajian dalam beberapa bulan ini menunjukkan majoriti kes baharu di Sabah berpunca daripada jangkitan sporadik.

“Atas sebab inilah kita amat menyarankan agar orang ramai terus menggunakan pelitup muka semasa berada di khalayak ramai seperti majlis-majlis sambutan dan perayaan,”katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, angka jangkitan di negeri ini masih dalam keadaan kekal dan stabil serta terkawal dengan 12 jangkitan baharu dilaporkan pada hari ini.

Katanya, tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 22 daripada 27 daerah di Sabah sepanjang 24 jam yang lalu.

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi dengan enam kes (+1), diikuti oleh Putatan dua kes (+2), Tenom dua kes (+1), Semporna satu kes (+1) dan Tawau satu kes, sama dengan angka semalam.

“Sebanyak 11 daripada 12 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tidak ada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5. Terdapat satu kes dalam Kategori 4.,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular