HomeUtamaKalabakan berpotensi jayakan teras utama Hala Tuju SMJ

Kalabakan berpotensi jayakan teras utama Hala Tuju SMJ

Read Time:2 Minute, 22 Second

KALABAKAN : Bermula sebagai sebuah kampung tertua di Sabah sebelum negeri ini mengecapi kemerdekaan, daerah ini dilihat berpotensi untuk menjayakan teras utama Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ini selepas Kerajaan Sabah memilih Kalabakan sebagai laluan pintu masuk baharu dan laluan darat antarabangsa yang pertama di negeri ini melalui cadangan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS).

Daerah ini turut menjadi sebutan ramai khususnya rakyat di Sabah apabila negara jiran Indonesia mengumumkan pemindahan ibu negaranya ke Kalimantan Timur yang dijangka akan bermula dua tahun lagi.

Kalabakan yang terletak dengan jarak kira-kira 106 kilometer dari bandar Tawau itu telah menjadikan aktiviti pertanian dan perikanan sebagai kegiatan ekonomi penduduk setempat.

Majoriti penduduk pula adalah dari suku kaum Tidong dan Murut dan mula berasimilasi dengan pelbagai bangsa lain seperti Melayu, Cina, Lundayeh, dan Dusun.

Selain CIQS, turut dirancang adalah laluan sejauh 39 kilometer dari Kalabakan ke Serudong berhampiran dengan garis sempadan Malaysia – Indonesia bagi menghubungkan Kalabakan dengan Simanggaris di wilayah Kalimantan Indonesia.

Dua projek berkenaan telah digariskan sebagai antara keutamaan dalam pelan pembangunan Hala Tuju SMJ menerusi pembangunan bandar sempadan bagi meneroka potensi pembangunan kawasan sempadan Sabah sejajar pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Justeru itu, Sekretariat SMJ telah memulakan langkag awal dengan mengadakan Program Mini Roadshow Hala Tuju SMJ di Rumah Rehat Felda Kalabakan baru-baru ini.

Datuk Rusmadi Datu Sulai

Program yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Rosmadi Datu Sulai itu turut berkongsi secara terperinci mengenai perincian Hala Tuju SMJ kepada rakyat khususnya di Kalabakan.

Selain menyebar luas intipati Hala Tuju SMJ, Rosmadi turut berkongsi konsep 3R iaitu Revitalize, React dan Responsible yang diperkenalkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kalabakan Muhammad Mohd Ali turut berpendapat bahawa daerah ini sememangnya berpotensi besar dalam menjayakan teras utama Hala Tuju SMJ khususnya dalam sektor pertanian, pelancongan dan modal insan.

“Pelaksanaan pelbagai platform atau pendekatan yang berterusan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti libat urus akan memudahkan lagi pelan pembangunan Hala Tuju SMJ lebih difahami dan diterima oleh masyarakat di daerah ini.

Pegawai Daerah Muhammad Mohd Ali

“Justeru, kita akan pastikan daerah ini akan pesat membangun terutama dari segi tadbir urus yang lebih baik bagi menyokong Hala Tuju SMJ ini untuk direalisasikan di daerah Kalabakan,” katanya.

Bagi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Merotai Mohamad Jalani Chachu turut menyifatkan pelaksanaan setahun Hala Tuju SMJ telah berjaya memberi impak positif terutamanya dalam melonjakkan ekonomi Sabah menerusi kemasukan pelabur domestik dan luar negara.

Sekitar Pekan Kalabakan

“Ini menampakkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bukan sahaja berjaya melaksanakan slogan Sabah Maju Jaya tetapi juga dalam melaksanakan pelan ini mengikut landasan yang sepatutnya.

“Kita harap tindakan yang proaktif daripada kerajaan negeri akan berterusan dalam melonjakkan lagi ekonomi demi kesejahteraan rakyat khususnya di daerah Kalabakan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya