Lelaki mati ditembak, rakan ditahan 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kuala Lumpur: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah hotel di Bukit Bintang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 7 malam. 

“Siasatan awal dilakukan di lokasi mendapati kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6 petang. 

“Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun itu dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi, katanya lapor Harian Metro.

Habibi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira 6 petang tadi bersama seorang rakan lelakinya. 

“Mereka datang dari Johor dan kami masih lagi menyiasat sebab kedua-dua individu berkenaan datang ke sini (Kuala Lumpur). 

“Kami menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

“Jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kes ini masih disiasat. Pada masa sama, kami sedang mengenal pasti motif kejadian itu. 

“Kami akan memaklumkan sebarang perkembangan kes ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *