HomeIsu tempatanSyukuri peluang sambut Aidilfitri - Jahid

Syukuri peluang sambut Aidilfitri – Jahid

Read Time:1 Minute, 15 Second

TAMPARULI: Masyarakat di negeri ini perlu terus mensyukuri peluang yang ada termasuk menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang normal selain tidak lagi seperti sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh negara.

“Sudah dua tahun hari raya kita tidak dapat meraikannya dalam suasana ‘raya sebenar’, gara- gara pandemik COVID-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumah kediaman Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tamparuli, Gustin Gagah di Kampung Suang Bangau, disini semalam.

Jahid berkata, dua tahun sebelum ini, umat Islam terpaksa merayakan Aidilfitri dalam norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ini kerana katanya, ketika itu masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan kerajaan bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Pada masa itu, sambutan hari raya dibuat dalam skala yang kecil dan sederhana, malah terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja, tanpa aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah- menziarahi atau majlis rumah terbuka.

“Malah solat sunat Aidilfitri juga jemaahnya terhad kepada bilangan yang dibenarkan oleh Majlis-majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah tahun ini, kita kembali beraya dalam keadaan normal seperti tahun-tahun sebelum pandemik COVID-19, walaupun masih mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, berkata, semua itu adalah berkat komitmen dan disiplin rakyat dalam memerangi wabak COVID-19, selain tindakan, serta pendekatan drastik kerajaan sejak dari awal pandemik bermula.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya