HomeIsu tempatanRumah Milik Sepasang Warga Emas Musnah Akibat Angin Kencang

Rumah Milik Sepasang Warga Emas Musnah Akibat Angin Kencang

Read Time:1 Minute, 30 Second

KADAMAIAN: Sebuah rumah musnah dilanda angin kencang baru-baru ini di sini mendapat perhatian dari beberapa pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Kadamaian yang diketuai oleh Ketua Bahagian PBS Kadamaian Demis Rumanti telah mengadakan lawatan ke rumah kejadian untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami.

Dalam kejadian 30 April lalu, sebuah rumah yang didiami sepasang warga emas musnah dilanda angin kencang di Kadamaian.

Warga emas tersebut iaitu Raimah Jimbun bersama suaminya yang sedang sakit tinggal berdua di rumah itu.

Mangsa Raimah Jimbun menunjukkan keadaan rumahnya yang ranap dilanda angin kencang baru-baru ini.
Beberapa pemimpin PBS Kadamaian melawat mangsa bencana angin kencang di rumah milik warga emas Raimah Jimbun.

Menceritakan detik-detik kejadian, Raimah dengan emosi yang amat sedih berkata “ saya dan suami sedang berehat di rumah apabila tiba-tiba angin kencang melanda.

“Sebenarnya saya bernasip baik kerana semasa kejadian, saya berada di ruang rumah dan tidak berada di kawasan dapur walaupun adalah ketika itu adalah masa rutin saya berada di ruang dapur untuk memasak.

“Ketika hendak melangkah ke ruang dapur, tiba-tiba saya melihat atap dapur saya seolah-oleh diangkat oleh satu kuasa dan dalam sekelip mata, dapur saya musnah sama sekali,” katanya.

Menurut Raimah, bencana malang ini merupakan kali kedua buat mereka kerana sebelum ini banjir besar telah memusnahkan tanaman padinya. Pada masa itu padinya yang sedang menguning dan menunggu masa untuk dituai musnah sama sekali apabila dinaiki oleh banjir besar.

Timbalan Ketua Bahagian PBS Kadamian Walter Kandayon berkata, beliau akan menyelaras aktiviti bagi membantu mangsa tersebut dalam masa terdekat.

“Saya yakin dengan kerjasama padu dari rakan-rakan dalam bahagian termasuk pemuda dan wanita, rumah mangsa akan dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, PBS Kadamaian akan mengadakan gotong royong untuk memulihkan semula rumah mangsa yang musnah akibat angin kencang tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS raih penganugerahan sijil pematuhan SAGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular