HomeUtamaLelaki libas bapa saudara direman tujuh hari 

Lelaki libas bapa saudara direman tujuh hari 

Read Time:37 Second

SETIAWAN — Lelaki yang melibas bapa saudaranya dengan mesin pemotong rumput hingga maut semalam, direman tujuh hari. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata suspek berusia 34 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya lapor portal Berita Harian.

Semalam media melaporkan, lelaki maut dilibas dengan pisau mesin pemotong rumput dalam pergaduhan di sebuah rumah, di sini. 

Mangsa berusia 51 tahun yang dalam keadaan mabuk bergaduh dengan anak saudaranya di hadapan rumah kerana perselisihan faham. 

Suspek didakwa mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa dan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan serius di kaki kiri.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya