HomeUtamaKampung Darau dicadang untuk dijadikan lokasi pusat pelancongan

Kampung Darau dicadang untuk dijadikan lokasi pusat pelancongan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kampung Darau yang terletak berhampiran Pekan Manggatal di sini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pelancongan di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

“Kampung ini mempunyai tarikannya tersendiri dan berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pelancongan di Sabah selain budaya setempat yang unik dalam kalangan komuniti Bajau Samah.

“Sebagai contoh Tamu Miyolon Ensambiyan Aidilfitri yang diadakan adalah merupakan satu aktiviti yang menarik iaitu pertukaran antara barang seperti kuih-muih dan sajian pagi raya dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan acara Miyolon Ensambiyan Aidilfitri di Kampung Darau disini kelmarin.

Yakub berkata, budaya itu telah mula dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan terus dikekalkan di Kampung Darau selain diamalkan pada sambutan Aidilfitri.

“Atas kesedaran itu, pemimpin dan masyarakat di kampung ini mengambil inisiatif untuk menjadikan ianya satu tarikan pelancongan di kawasan ini.

“Saya secara peribadi memikirkan bahawa perkara ini perlu diangkat selain sebagai satu budaya usaha pelancongan kerana kampung ini sendiri terletak di kawasan yang strategik,” katanya.

Katanya, selain strategik, Kampung Darau juga boleh dihubungi dengan jalan darat dan laluan sungai.

“Pakej-pakej yang ada ini jika digabungkan dan dicantumkan saya percaya ianya boleh menjadi satu penjana ekonomi bukan sahaja kepada penduduk di Kampung Darau malah juga penduduk di kawasan berhampiran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya