HomeIsu tempatanFAMA sasar RM1.5 juta hasil jualan Program Jualan Semarak Syawal di Sabah

FAMA sasar RM1.5 juta hasil jualan Program Jualan Semarak Syawal di Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

PAPAR : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mensasarkan sebanyak RM1.5 juta hasil jualan menerusi Program Jualan Semarak Syawal yang dilaksanakan di 48 outlet di seluruh Sabah.

Menerusi program itu, seramai 376 orang usahawan mendapat manfaat melalui penyediaan ruang-ruang jualan dan program promosi khas Syawal termasuk turut diadakan di Labuan.

FAMA dalam satu kenyataan berkata, sebanyak RM300,000 hasil jualan turut disasarkan menerusi Program Jualan Khas MyRakyat Papar yang diadakan baru-baru ini bertempat di Lorong Jalan Keretapi Pekan Papar.

Program itu dirasmikan Pembantu Menteri Perindustrian Sabah Mohd Tamin @ Tamin Zainal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis.

Hadir sama Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.

Pada majlis itu, seramai 20 orang ahli-ahli usahawan bimbingan FAMA terdiri daripada golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengunjung dan para pengguna.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan barangan keperluan perayaan Aidilfitri di outlet fizikal dengan penjimatan pembelian terus dari pengeluar.

Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-kuih untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri yang turut dijual di semua outlet pemasaran ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya