HomeUtamaCOVID-19 : Kota Kinabalu kembali catat kes dua angka

COVID-19 : Kota Kinabalu kembali catat kes dua angka

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu kembali mencatat kes harian dua angka dengan 11 kes baharu direkodkan dari 26 kes yang dilaporkan di seluruh Sabah pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata,daerah  Tambunan yang tidak mencatat sebarang kes baharu semalam juga merekodkan enam jangkitan baharu hari ini.

“Pergerakan turun naik kes harian di daerah-daerah lain adalah pada skala yang kecil. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 19 daerah.

“Kedudukan ini sejajar dengan fasa penstabilan yang sedang dilalui oleh negeri ini.  Kita telah meramalkan pertambahan jumlah jangkitan baharu yang berpunca daripada acara-acara sambutan Aidilfitri dan Kaamatan diseluruh negeri Sabah sepanjang bulan ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, meskipun masih terlalu awal membuat penilaian namun jumlah pertambahan yang direkodkan adalah pada tahap yang kecil dan terkawal.

Katanya, ini merupakan bukti kukuh bahawa pengambilan vaksin oleh sebahagian besar rakyat telah meningkatkan imuniti tubuh badan mereka daripada risiko jangkitan virus.

“Seramai 23 orang daripada 26 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5 dilaporkan hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya