Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin.

Pelajar Maut Beradu Kelajuan Motosikal Di Jalan Merotai

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Seorang pelajar remaja lelaki maut dalam satu kejadian beradu kelajuan motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 23, Jalan Merotai di sini pada Rabu malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin dalam kenyataan media semalam, pihaknya menerima makluman pada 4 Mei 2022, jam lebih kurang 9.15 malam, berkenaan satu kes kemalangan maut melibatkan empat buah motosikal di Kilometer 23, Jalan Merotai.

Katanya, siasatan awal mendapati lebih kurang jam 9 malam hari yang sama (4 Mei) , berlaku aktiviti menduga kelajuan motosikal yang melibatkan empat orang remaja lelaki berumur antara 15 tahun hingga 20 tahun terdiri dari dua orang bukan warganegara Malaysia.

“Dalam kejadian tersebut, telah berlaku perlanggaran sesama mereka. Seorang remaja yang berumur 15 tahun telah maut di tempat kejadian dan hasil ujian covid mendapati mangsa positif Covid -19. Manakala tiga orang rakannya hanya cedera mengalami cedera ringan ringan.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiga orang penunggang motosikal termasuk mangsa tidak memiliki lesen memandu.

“Ketiga-tiga orang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah ditangkap bagi membantu siasatan pihak polis dan kes disiasat di bawah Sek.41 (1) APJ 1987,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *