HomeUtamaseorang cedera, seorang parah digigit anjing peliharaan sendiri

seorang cedera, seorang parah digigit anjing peliharaan sendiri

Read Time:49 Second

PENAMPANG: Dua lelaki cedera, seorang daripadanya parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaan sendiri dalam kejadian di Taman Putera Pogun, semalam.

Mangsa berusia 20 tahun parah di bahagian tangan manakala seorang lagi berusia 25 tahun cedera ringan di bahagian paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.49 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kedua-dua lelaki terbabit digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan manakala seorang lagi cedera ringan di paha.

“Kedua mereka kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke klinik oleh ibunya untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, dalam masa sama, pasukan bomba menenangkan anjing berkenaan sebelum menangkapnya.

“Selepas berjaya ditangkap, anjing itu diserahkan semula kepada pemiliknya.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.42 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular