CEO Lapangan Terbang Dipecat ekoran gagal kendalikan lapangan terbang dengan betul

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

AGENSI

JEDDAH – Lembaga Pengarah Jeddah Airports memecat ketua pegawai eksekutif (CEO)nya, Ryyan Tarabzoni, dan melantik Ayman Abo Abah sebagai CEO baharu lapangan terbang Jeddah.

Lembaga Pengarah mengambil keputusan untuk menggantikan CEO selepas kegagalan Ryyan mengendalikan lapangan terbang dengan cara yang betul semasa musim puncak, termasuk cuti Aidilfitri dan musim umrah.

Lembaga itu mengadakan mesyuarat luar biasa pada hari Sabtu lalu untuk membincangkan cabaran yang muncul di lapangan terbang dalam beberapa hari lepas dan penyelesaian yang diperlukan, menurut satu kenyataan.

Abo Abah mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 28 tahun, yang mana beliau pernah memegang banyak jawatan kepimpinan, termasuk timbalan naib presiden untuk operasi di syarikat Lapangan Terbang Riyadh.

Pada hari Khamis, Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Saleh Al-Jasser mengarahkan jawatankuasa penyiasatan segera berhubung keadaan huru-hara di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

Sebelum ini, SaudiGazette melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dalam keadaan huru-hara dengan sejumlah besar penumpang yang hendak berlepas pulang, tiba sebelum penerbangan mereka dijadualkan.

Keadaan ini menyebabkan lebihan kapasiti berlaku di lapangan terbang ini.

Para penumpang yang menunggu jadual penerbangan mereka terpaksa duduk di atas lantai di ruang dan tempat letak kereta kerana kekurangan tempat duduk

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *