HomeUtamaRemaja OKU ditemukan maut dalam kebakaran, kesan lecur 10 peratus 

Remaja OKU ditemukan maut dalam kebakaran, kesan lecur 10 peratus 

Read Time:1 Minute, 37 Second

PULAU PINANG -— SEORANG remaja lelaki ditemukan meninggal dunia dalam satu kebakaran di Pangsapuri Desa Bayan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada pagi Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 8.59 pagi itu, mangsa Muhammad Nur Iqmal Iman Mohd Shakrisham yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui dalam salah sebuah bilik yang terbakar 80 peratus.

Difahamkan, mangsa baru sahaja kehilangan ibunya pada Mac lalu akibat kanser.

Menurut bapanya, Mohd Shakrisham Mohamad, dia tidak menyangka rutin pelukan terhadap anak lelakinya sebelum ke tempat kerja adalah yang terakhir.

Katanya, ketika kejadian, anaknya yang berusia 18 tahun itu tinggal sendirian di rumah manakala dia bekerja di salah sebuah pasar mini berdekatan.

Saya keluar bekerja pada jam 6.40 pagi dan menutup pintu seperti biasa. Ketika sedang bekerja, ada orang datang beritahu rumah terbakar dan tidak sangka itu rumah saya,” katanya sebak.

Tambah Mohd Shakrisham, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah tetap memeluk dan memohon maaf sebelum masuk tidur pada malam Sabtu.

“Tiada perubahan yang saya nampak pada anak saya.

“Semalam (malam Sabtu) pun, sebelum tidur, dia peluk dan mohon maaf seperti biasa. Saya tidak rasa pelik sebab itu adalah rutinnya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hazifal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.59 pagi.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi kejadian pada jam 9.06 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik seluas 9.3 meter persegi di sebuah rumah di tingkat lapan. Ketika tiba, rumah tersebut dalam keadaan berkunci menyebabkan kita terpaksa memecah masuk.

“Selepas kerja pemadaman dilakukan, kita menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dan sudah tidak bernyawa. Keadaan mangsa tidak hangus, cuma melecur 10 peratus di bahagian belakang badan.

“Kita percaya, mangsa meninggal dunia kerana lemas terhidu asap. Mangsa merupakan OKU hiperaktif dan ditinggalkan di dalam sebuah bilik ketika bapanya keluar bekerja,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Sinar Harian

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya