HomeUtamaPemandu kedua bas ekspres direman bantu siasatan kes cabul penumpang

Pemandu kedua bas ekspres direman bantu siasatan kes cabul penumpang

Read Time:48 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres direman bagi membantu siasatan kes cabul seorang penumpang wanita yang sedang tidur ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka awal pagi semalam.

Perintah tahanan reman selama empat hari hingga Khamis itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad terhadap lelaki berumur 27 tahun itu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, setelah mendapat permohonan daripada polis bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang wanita berusia 21 tahun mendakwa diraba pemandu kedua bas ekspres semasa kenderaan itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira 4 pagi Ahad.

Berdasarkan maklumat itu, pihak polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Terminal Melaka Sentral, kira-kira 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud semasa dihubungi mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes yang melibatkan penuntut (mangsa) maktab perguruan di Melaka itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya