HomeUtamaHampir 950,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19 

Hampir 950,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19 

Read Time:55 Second

BERNAMA

CYBERJAYA -— Seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 sudah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di Kedah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya