HomeUtama24 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir

24 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 24 buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda dua buah daerah di Sabah sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, antara daerah yang terlibat adalah di Beaufort dan Tenom.

Katanya, sekolah yang ditutup itu turut melibatkan seramai 4,526 murid dan 474 orang guru.

“Antara sekolah yang terlibat di daerah Beaufort adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa; Sekolah Kebangsaan (SK) Lago; SK Pekan Membakut; SK Bangkalalak dan SK Kabajang.

“Selain itu, turut terjejas adalah SK Kabajang; SK Batu 60; SK Batandok; SK St John; SK St Paul; SK Luagan; SK Klias Baru; SK Garama; SK Mempagar; SK Biah Batu 65; SK Suasa dan SK Lupak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mistirine berkata, bagi daerah Tenom, sebanyak tujuh buah sekolah terlibat ditutup antaranya SK Gumisi; SK Ladang Sapong; SJKC Yuk Syn; SJKC Pada; SK Inubai; SK Sumambu dan SK Mandalom.

Katanya, semua sekolah yang ditutup adalah disebabkan paras air banjir yang semakin naik selain belum surut serta beberapa laluan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Walau bagaimanapun, bagi sebuah sekolah iaitu SK Mandalom di Tenom, sekolah ini ditutup disebabkan menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir.

“Bagi sekolah yang ditutup, semua murid akan menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) sehingga sekolah kembali di buka,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya