HomeUtamaCOVID-19 : 10 daerah di Sabah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan

COVID-19 : 10 daerah di Sabah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 10 buah daerah di Sabah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan baharu COVID-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak lima daerah lagi masing-masing mencatatkan satu kes baharu sahaja pada hari ini.

Katanya, secara keseluruhan lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan jangkitan baharu berbanding daerah-daeah yang mencatatkan penurunan walaupun dalam kadar yang marginal.

“Seperti yang telah diramalkan lebih awal, jangkitan harian akan meningkat semasa dan selepas sambutan perayaan Aidilfitri dan Kaamatan.

“Pada hari ini jumlah jangkitan baharu meningkat daripada 39 kes semalam kepada  57 kes pada hari ini dengan pertambahan sebanyak 18 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka dengan jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi sebanyak 18 kes (+7).

Katanya, Tuaran juga merekodkan pertambahan kes harian daripada dua kes semalam kepada tujuh kes hari ini, Penampang empat kes (+2) dan Sandakan empat kes (+4). Lahad Datu, Putatan, Ranau dan Tawau masing-masing mencatatkan tiga kes baharu.

“Dua kes baharu direkodkan di Beaufort, Kuala Penyu dan Papar,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, orang ramai diperingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) semasa menyambut perayaan khususnya jika ia melibatkan penyertaan bilangan orang yang ramai.

Katanya,  peratusan jangkitan sporadik masih tinggi iaitu 63 peratus daripada semua kes baharu yang dilaporkan hari ini dan  risiko jangkitan tetap tinggi.

“Seramai 54 orang daripada 57 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) dalam Kategori 5.

“Tidak ada kes baharu Kategori 3 dilaporkan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya