HomeUtamaTahap Pematuhan Peniaga Sepanjang Tempoh SHMMP HRP 2022 Memuaskan - KPDNHEP

Tahap Pematuhan Peniaga Sepanjang Tempoh SHMMP HRP 2022 Memuaskan – KPDNHEP

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU:  Sejak 26 April 2022 sehingga berakhirnya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2022 pada 10 Mei 2022, sebanyak 1,795 pemeriksaan di seluruh Sabah telah dijalankan yang merangkumi 1,763 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 32 lagi pemeriksaan di peringkat pemborong.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Georgie Abas berkata, sepanjang tempoh sepuluh hari SHMMP HRP 2022 berkuat kuasa, tahap pematuhan oleh peniaga-peniaga adalah memuaskan kerana berdasarkan hasil pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP di seluruh Sabah mendapati peniaga-peniaga mematuhi harga kawalan musim perayaan Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan dan tidak ada kesalahan berhubung kegagalan mematuhi SHMMP HRP 2022 direkodkan.

Selain daripada itu, katanya, pejabat KPDNHEP Sabah juga tidak ada menerima aduan berkenaan dengan pematuhan ke atas SHMMP HRP 2022 di sepanjang tempoh ianya dikuat kuasakan pada 26 April 2022 hingga 10 Mei 2022.

Menurut Georgie, sejak 1 Januari 2022 hingga 10 Mei 2022, KPDNHEP Negeri Sabah telah menjalankan sebanyak 33,542 pemeriksaan di negeri ini.

Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 469 kes telah diambil tindakan di bawah kesalahan undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Kementerian ini.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi 469 kes terbabit adalah RM3,281,193.77. Jumlah kutipan kompaun sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak RM83,700.00 manakala jumlah nilai denda mahkamah adalah sebanyak RM2,000.00.

Manakala dari segi aduan, Georgie memaklumkan sebanyak 509 aduan telah diterima dan 473 (92.9%) aduan telah selesai manakala 36 aduan (7.1%) lagi sedang dalam tindakan siasatan.

KPDNHEP Sabah berharap agar semua peniaga terus mematuhi sepenuhnya SHMMP bagi perayaan-perayaan utama yang akan datang selepas ini serta mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan ke saluran aduan pengguna yang disediakan seperti berikut iaitu Whatsapp 019-279 4317 / 019 – 848 8000; Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; Emel: [email protected] ; Ez ADU KPDNHEP; Hadir sendiri ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan;Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command Centre): 03 – 8882 6088 / 6245 serta Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri (senarai nombor talian sila layari portal rasmi KPDNHEP)

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular