HomeSukanSabah FC tidak ambil mudah bertemu Kelantan United FC

Sabah FC tidak ambil mudah bertemu Kelantan United FC

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC sentiasa menghormati pasukan lawan selain tidak mengambil mudah khususnya bagi mengharungi saingan Piala FA 2022 bertemu Kelantan United FC di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun pasukan lawan bermain di Liga Premier namun Kelantan United FC juga dilihat akan memberi saingan kepada pasukannya.

“Perlawanan esok bertemu Kelantan United FC adalah amat penting. Namun kita tidak boleh mengambil mudah kerana kita tahu apabila bermain dengan pasukan-pasukan Liga Premier, mereka akan bermain dengan begitu baik.

“Sudah pasti mereka juga ingin membuktikan yang mereka boleh bersaing dengan pasukan Liga Super.  Jadi kita tidak boleh mengambil mudah apabila bertemu Kelantan (United FC) pada Jumaat nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penyerang import Neto Pessoa, Kim Swee berkata, pemain itu kini masih mengalami kecederaan dan belum pulih sepenuhnya selain berkemungkinan tidak akan diturunkan.

“Namun pemain-pemain yang lain kini bertambah baik dan kita juga berada dalam tahap yang cukup baik untuk memastikan kita dapat kejayaan pada Jumaat nanti,”katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai penyerang berpengalaman Mohd Amri Yahyah, Kim Swee berkata pemain itu akan sentiasa berada dalam senarai barisan pasukan Sabah FC.

Namun katanya, kesebelasan utama pasukan kendaliannya hanya akan ditentukan sebelum sepak mula perlawanan dimulakan.

“Kita mempunyai banyak pilihan dan kita harus memikirkan beberapa faktor dan tujuan untuk kita bermain pada hari Jumaat nanti adalah untuk memastikan kita melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 24 April lalu, Mohd Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol hatrik selain satu gol dari pemain import Park Tae Su membolehkan Sabah FC menang bergaya 4-0.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya