HomeUtamaBeri tumpuan pembangunan infrastuktur luar bandar - Ruddy

Beri tumpuan pembangunan infrastuktur luar bandar – Ruddy

Read Time:1 Minute, 30 Second

PITAS : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Seri Ruddy Awah mahu Kerajaan Negeri terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur di daerah luar bandar di Sabah seperti daerah ini.

Katanya, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada kebajikan mahupun keperluan rakyat di semua daerah di negeri ini.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya berpuas hati dengan usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam melaksanakan pembangunan ke daerah luar bandar khususnya di Pitas.

“Seperti dikatakan Ketua Menteri, beliau akan ambil perhatian apa juga permohonan yang telah kita ajukan seperti kemudahan infrastuktur, kebajikan mahupun keperluan rakyat dimana beliau akan perhalusi untuk dipercepatkan proses satu persatu,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Seri Ruddy Awah ketika ditemui media

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Komersial Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Pekan Baharu Pitas di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Ruddy yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, Kerajaan Negeri telah  menyalurkan peruntukan mencecah hampir RM13 juta bagi tujuan menyantuni rakyat dan pembangunan kecil di daerah ini.

“Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kepada Pitas tidak kurang daripada RM8 juta dan tahun ini juga sudah mencecah RM5 juta peruntukan untuk menyatuni rakyat, begitu juga pembangunan kecil yang harus dipercepatkan.

“Saya juga tidak akan teragak-agak untuk terus menyuarakan dan memperjuangkan hak rakyat di daerah ini.  Ini adalah bagi memastikan rakyat di sini dapat keluar dari di belenggu kemiskinan,” katanya.

Beliau juga akan terus memperjuangkan pembangunan yang terbengkalai di daerah itu selain yang telah dirancang untuk masyarakat setempat.

“Ini termasuklah balai bomba dan loji air.  Saya harap ini dapat dipercepatkan kerana ini adalah kebaikan untuk rakyat khususnya di Pitas,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular