Jumlah mangsa banjir di PPS mula berkurang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Banjir yang melanda dua buah daerah di Sabah beberapa hari lalu mula menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut menurun berbanding pagi tadi.

Sehingga jam 4 petang tadi, seramai 1,435 mangsa masih ditempatkan di 13 buah PPS di Beaufort dan Tenom berbanding 1,958 mangsa pada jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan kemaskini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, seramai 1,083 mangsa melibatkan 459 Ketua Isi Rumah (KIR) di Tenom ditempatkan di 11 PPS.

Manakala di Beaufort, seramai 352 mangsa melibatkan 95 KIR masih ditempatkan di dua buah PPS iaitu di PPS Dewan Selagon dan PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir.

PPS yang masih dibuka di Tenom adalah di Dewan Mini Jinuim Jimin; Dewan Labut 2; Dewan Masyarakat Sri Antenom; Rumah Kebudayaan Batu-Batu dan Rumah Kebudayaan Pantagon Saga.

Selain itu, turut dibuka di Tenom adalah di Rumah Kebudayaan Maugus; Rumah Kebudayaan Angalor; Dewan Kampung Kalang Kanar; Rumah Kebudayaan Kalasasan; Dewan Terbuka Kampung Saga; dan Rumah Kebudayaan Belumbung Kemabong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *