HomeIsu tempatanKerajaan Persekutuan Disaran Untuk Selaraskan Bantuan RM1,000 Kepada Mangsa Banjir Di Sabah

Kerajaan Persekutuan Disaran Untuk Selaraskan Bantuan RM1,000 Kepada Mangsa Banjir Di Sabah

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian UMNO Tenom, Datuk Raime Unggi menyarankan kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan pengagihan bantuan bencana banjir kepada setiap ketua isi rumah (KIR) di negeri Sabah diselaraskan sebanyak RM1,000.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Sabah Media selepas meninjau keadaan banjir yang melanda di beberapa kampung di Daerah Tenom, hari ini.

Katanya, sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap KIR di Selangor dan beberapa negeri di Semenanjung yang terjejas bencana banjir tahun lalu maka rakyat Sabah yang terjejas akibat banjir juga sepatutnya mendapat jumlah yang sama.

Raime (kanan) melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tenom.

“Saya beberapa hari ini mendengar keluhan dari penduduk yang terjejas banjir khususnya di kawasan Daerah Tenom, antaranya mengenai pemberian bantuan yang mana penduduk di sini hanya menerima RM500 setiap ketua isi rumah, jumlahnya tidak seperti yang diumumkan oleh PM iaitu RM1,000.

“Bukan sahaja itu, malah hanya sebilangan sahaja yang menerima bantuan tersebut, sedangkan saya telah menyerahkan lebih 1,000 nama penerima mangsa banjir kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya harap selepas ini senarai nama yang saya serahkan dapat diberi bantuan sewajarnya dan mereka adalah yang benar-benar terlibat dalam bencana ini,” kata Raime yang juga salah seorang ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)Tenom.

Raime juga turut bersimpati kepada penduduk yang terjejas banjir bukan sahaja di Daerah Tenom malah seluruh daerah-daerah di Sabah yang dilanda banjir.

“Setiap kali banjir saya bersama pasukan UMNO bahagian Tenom akan turun padang melihat sendiri keadaan penduduk yang terjejas, kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah petani, kami melihat sendiri tanaman dan binatang peliharaan musnah malah rumah mereka juga rosak akibat banjir.

“Ada juga beberapa kampung yang terputus hubungan seperti jalan-jalan rosak ditenggelami air deras. Antara kampung yang terjejas teruk iaitu Kg Enubai, Kg Paal Sebrang dan Kg Kalasasan.

“Kami juga ada menghantar air bersih seperti air mineral dan makanan kepada mereka kerana ada beberapa tempat terputus bekalan air bersih,” katanya.

Raime turut menggesa kepada pihak berwajib supaya segera membaiki infrastruktur seperti jalan raya yang rosak di kawasan-kawasan terlibat.

Beliau juga berharap pihak kerajaan samada Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat menyemak semula dan menyelaraskan bantuan RM1,000 kepada seluruh penduduk di Sabah yang terjejas akibat bencana banjir ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya