HomeIsu tempatanPolis Tahan Lelaki Tempatan Bersama 10.4 kg Syabu

Polis Tahan Lelaki Tempatan Bersama 10.4 kg Syabu

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 10.4 kilogram di kawasan perumahan Taman Sri Rugading, Tuaran pada Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah menahan suspek yang berusia 40 tahun itu bersama kenderaan jenis Prado pada jam 10 malam dan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaan di ruang belakang kenderaan tersebut dijumpai 10 bungkus dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram bernilai anggaran RM360,000.

“Dadah tersebut dipercayai baru tiba di negeri ini dari Kuala Lumpur, ia boleh menampung untuk kegunaan 50,000 penagih dadah dalam sehari.

“Suspek kini direman tujuh hari dan Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori,” katanya pada sidang media petang tadi.

Dalam pada itu, Jauteh berkata, dua lagi individu yang dikenalpasti turut terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sini dan kini JSJN Sabah sedang giat memburu kedua-duanya.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa memberi maklumat dan kerjasama untuk sama-sama membanteras dan menghapuskan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri Sabah ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular