Pelaksanaan program pencegahan rasuah berjaya tingkat tahap integriti penjawat awam di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Sabah mengadakan pelbagai aktiviti dan program pencegahan rasuah di negeri ini berjaya meningkatkan tahap integriti dalam kalangan penjawat awam.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk S. Karunanithy berkata, ini termasuklah penganjuran minggu integrity di setiap kementerian yang ada di negeri ini.

“Jika saya lihat disini, banyak perubahan berlaku dengan usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri seperti mengadakan minggu integrity di setiap kementerian.

“Saya rasa kita boleh dapat lihat satu pembudayaan integriti dikalangan penjawat awam negeri Sabah telag meningkat.  Jadi saya boleh katakan, ini adalah terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dan Pejabat-Pejabat Daerah di sini hari ini.

Majlis itu telah disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Karunanithy berkata, usaha pihak KPLB melancarkan OACP di peringkat kementerian juga merupakan satu usaha yang baik.

“Saya melihat dimana isu-isu ketirisan juga telah dimasukkan ke dalam salah satu strategi OACP.

“Sudah pasti ini adalah bagi mengelakkan ketirisan dalam penggunaan dana kerajaan.  Secara peribadi saya melihat pembudayaan integriti dikalangan penjawat awam Sabah adalah baik,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *