HomeUtamaPendekatan baharu dilaksanakan basmi kemiskinan tegar di Sabah

Pendekatan baharu dilaksanakan basmi kemiskinan tegar di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan melaksanakan pendekatan baharu dalam usaha membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah menggunakan pendekatan bersasar tanpa melibatkan perpindahan,perubahan struktur kehidupan yang mengganggu budaya harian penduduk setempat.

“Keadaan pada masa kini sudah berubah, jika dulu jika ada masalah, kaedah membasmi kemiskinan contohnya adalah dengan membangunkan tanah kerana pada masa itu keperluan tanah ada di merata tempat dan masih boleh digunakan.

“Namun pada masa ini, kaedah itu mungkin mustahil dilaksanakan kerana tanah yang terhad.  Justeru kita kena ubah suai pendekatan iaitu bagaimana supaya pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan dengan lebih kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPLB Sabah dan Pejabat-Pejabat Daerah di sini hari ini.

Jahid berkata, pihaknya juga akan melaksanakan kaedah baharu terus kepada individu atau peserta terlibat tanpa melakukan banyak pergerakan dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

“Justeru, kita mahu laksanakan pendekatan dimana kita mahu kurangkan pergerakan mereka dan kekal di tempat itu selain akan memberi nilai tambah yang boleh menaik taraf lagi hidup mereka secara bersasar.

“Kita akan laksana dalam bentuk pakej selain dari memberi sumbangan dana, mereka yang terlibat juga akan diberikan kursus serta bimbingan agar mereka dapat menggunakan serta memahami apa yang kita berikan untuk kebaikan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya