HomeUtamaCOVID-19 : Peningkatan kes berpunca daripada aktiviti sambutan perayaan tepati ramalan

COVID-19 : Peningkatan kes berpunca daripada aktiviti sambutan perayaan tepati ramalan

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Pertambahan jumlah jangkitan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti sambutan perayaan mula menepati ramalan awal apabila melonjak naik kepada 78 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka tu bertambah 21 kes lebih tinggi berbanding semalam iaitu pertambahan hampir 37 peratus.

“Sebanyak 12 daerah mencatatkan pertambahan jangkitan baharu berbanding sembilan daerah yang merekodkan penurunan kes.

“Kota Kinabalu dengan 21 kes (sama dengan angka semalam) dan Papar 16 kes (+12) merupakan dua daerah di negeri ini yang mencatatkan  jangkitan baharu dua angka,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, angka jangkitan harian di Kota Kinabalu dan daerah-daerah sekitar bandaraya di jangka kekal tinggi atau bertambah sehingga minggu pertama bulan Jun.

Katanya, pada hari ini Cuma sembilan daerah tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan lima daerah mencatatkan satu kes baharu dan lima daerah lain mencatat dua kes baharu.

“Sebanyak 76 daripada 78 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dan dua kes dalam Kategori 3. Tidak ada kes dilaporkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular