HomeUtamaKerajaan pertimbang tubuh pusat panggilan kecemasan tempatan

Kerajaan pertimbang tubuh pusat panggilan kecemasan tempatan

Read Time:1 Minute, 7 Second

TAMBUNAN: Kerajaan Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah- Barisan Nasional (GRS-BN) akan mempertimbangkan untuk menubuhkan satu pusat panggilan kecemasan sendiri bagi menangani isu kecemasan yang berlaku di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ini selepas pusat panggilan kecemasan yang dilaksanakan secara berpusat melalui MERS 999 telah mengorbankan nyawa dan harta benda rakyat di negeri ini.

Katanya, melalui pusat panggilan tempatan itu nanti dilihat akan lebih berkesan selain dikendalikan oleh rakyat Sabah yang lebih mengebali budaya dan geografi di negeri ini.

“Sistem MERS 999 sekarang telah terbukti tidak berkesan dan tidak cekap serta terlalu banyak soalan yang diajukan sebelum menghantar bantuan kepada mangsa.

“Justeru adalah lebih baik untuk menghubungi terus operator tempatan yang lebih mengetahui selain akan segera ke lokasi kecemasan dan memberi respon yang lebih cepat,” katanya.

Jeffrey berkata, kerajaan GRS-BN akan mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib khususnya Polis; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan kaedah pusat panggilan kecemasan tempatan.

“Kerajaan berharap ini tidak akan mengambil masa terlalu lama. Kita tidak mahu kejadian yang menimpa mangsa kemalangan di Kolombong baru-baru ini berulang.

“Kehidupan rakyat Sabah penting dan mesti diutamakan. Kerajaan GRS-Bn yakin pusat panggilan kecemasan tempatan yang dicadangkan ini akan membantu memastikan rakyat kita mendapat bantuan segera pada bila-bila masa mereka memerlukannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular