ASB dicadang kembangkan sayap ke Sabah

Read Time:48 Second

LABUAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mencadangkan Asian Supply Base Sdn. Bhd, syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah yang beroperasi di sini, untuk mengembangkan operasinya ke Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian mencadangkan ini semasa lawatan kerjanya ke syarikat tersebut di kawasan Perindustrian Ranca-Ranca, di sini, hari ini. Kunjungan tersebut dibuat sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke pulau ini.

Ketibaan Dr Joachim bersama rombongan disambut oleh Pengerusi ASB, Dato’ Dr. Suhaili Abdul Rahman bersama dengan warga kerja ASB.

Dr Joachim dan rombongannya turut diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Operasi syarikat, David Teo.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih mendalam mengenai aktiviti yang melibatkan perkhidmatan ASB kepada industri gas dan minyak.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Mohd. Tamin Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian bersama Timbalan, Thomas Logijin dan Benedick Bisoni; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue; Pengarah Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Peter Mak dan para pegawai kanan Kementerian.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.