HomeIsu tempatan1 Maut, 4 Cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kolombong

1 Maut, 4 Cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kolombong

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seorang maut, empat cedera dalam satu kejadian kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan kolombong Lintas berhampiran Petron Iramanis dekat sini pada awal pagi tadi (14 Mei).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05, awal pagi Sabtu mengenai kemalangan jalan raya melibatkan seorang maut dan empat yang lain cedera.

“Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati kebakaran kereta jenis Toyota Aristo terbakar 60 peratus selepas terlibat kemalangan dengan kereta jenis BMW dan Toyota Hilux. Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera.

Anggota Bomba memadam api kereta terbakar selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Jalan Kolombong Lintas awal pagi tadi. – foto ihsan JBPM Sabah

“Terdapat lima orang mangsa terlibat iaitu seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Wilson Kong Chung Tzer, 26, pemandu Hilux meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala empat mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal kemudian dibawa ke hospital oleh Ambulans,” katanya.

Menurut Misran, tiga mangsa lelaki yang cedera dikenali sebagai Ngu Pei Siong, 30, Alexander charles govind, 23, dan Hanif Harris Handoy, 26, manakala mangsa cedera seorang perempuan, Arissa Shafirah Jumat, 25.

Operasi terkawal pada jam 1.55 pagi dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 2.06 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya