HomePolitikGRS buktikan kemampuan gabung kepimpinan laksana tanggungjawab kepada rakyat

GRS buktikan kemampuan gabung kepimpinan laksana tanggungjawab kepada rakyat

Read Time:57 Second

BELURAN : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membuktikan kemampuan dalam menggabungkan semua kepimpinan yang ada bagi melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu juga telah berjaya memberi fokus kepada pembangunan dan kepentingan serta kebajikan rakyat khsusnya di Sabah.

“Pesta Kaamatan adalah suatu budaya untuk kita merapatkan silaturrahim antara kaum serta fahaman yang ada khususnya di Sabah.

“Ini juga telah membuktikan bahawa budaya di peringkat bawah itu juga boleh diketengahkan sehingga ke peringkat kepimpinan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran.

Dalam pada itu, Hamzah berharap agar perayaan Pesta Kaamatan dipromosikan sebagai satu produk negeri Sabah yang boleh diketengahkan di peringkat lebih besar.

“Sebab itu saya telah pun minta supaya program-program seperti ini boleh dianjurkan ke peringkat lebih besar untuk membawa orang luar ke dalam negara kita ini.

“Biarlah kita kekalkan budaya perayaan seperti Pesta Kaamatan ini seterusnya diketengahkan.  Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya