Sambutan Hari Ibu pupuk nilai kasih sayang dikalangan Keluarga Malaysia

Read Time:53 Second

SOOK:   Sambutan hari ibu yang disambut setiap tahun berupaya untuk memupuk nilai kasih sayang yang ada dikalangan Keluarga Malaysia yang harmoni.

Isteri kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah Datin Maria C. Omamalin berkata, selain menjadi ruang untuk sesebuah keluarga berkumpul, sambutan itu juga bertujuan untuk menghargai sumbangan kaum ibu.

“Sambutan hari ibu amat penting diraikan meskipun kebanyakan daripada kita tidak meraikannnya. 

“Kaum ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat, justeru peranan mereka ini wajar dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Ibu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook di sini kelmarin.

Maria berkata, meskipun hari ibu diraikan pada 8 Mei lalu namun ianya masih dapat disambut bagi melahirkan Keluarga Malaysia yang saling berkasih sayang serta harmoni dalam masyarakat.

Beliau turut mengingatkan agar masyarakat untuk terus menghormati dan mengiktiraf pengorbanan serta kasih sayang ibu kepada keluarga.

Hadir memeriahkan sambutan tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Exco Wiranita Star Sabah, Rashna Angin, Pemangku Wiranita Star Sabah Sook, Mariam Sakai serta beberapa pemimpin masyarakat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.