HomeUtamaKerajaan Negeri sentiasa sokong, bantu menjayakan pelan pembangunan daerah-daerah di Sabah

Kerajaan Negeri sentiasa sokong, bantu menjayakan pelan pembangunan daerah-daerah di Sabah

Read Time:2 Minute, 27 Second

TELUPID: Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong dan membantu merealisasikan perancangan untuk menjayakan pelan pembangunan mana-mana daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) akan memastikan lebih banyak pembangunan dibawa ke mana-mana daerah yang masih ketinggalan termasuklah Daerah Telupid.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Telupid, Pelancaran Buku Kajian Pelan Pembangunan Daerah Telupid (Aspirasi Daerah Telupid (2022-2030) dan merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Telupid di Dewan Majlis Daerah Telupid, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (empat kanan) menerima buku Aspirasi Pembangunan Daerah Telupid daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Encik Jonnybone J.Kurum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (empat kanan) menerima buku Aspirasi Pembangunan Daerah Telupid daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J.Kurum. – Foto ihsan JKM

Menyentuh Buku Kajian Pelan Pembangunan Daerah Telupid (Aspirasi Daerah Telupid 2022- 2030), beliau yakin pelan pembangunan ini akan membantu memacu kemajuan dan pembangunan daerah Telupid.

Hajiji berharap buku itu akan digunakan oleh pemimpin setempat sebagai panduan dalam pembangunan daerah Telupid agar Aspirasi Daerah Telupid dapat direalisasikan demi kepentingan dan faedah rakyat di daerah ini.

“Saya tahu, Telupid antara daerah yang masih memerlukan banyak pembangunan dan saya berharap pelan ini akan mendapat sokongan semua pihak yang berkaitan agar ia dapat dijayakan demi manfaat rakyat,” katanya.

Manakala bangunan baharu Pejabat Majlis Daerah Telupid, Hajiji berharap semua usaha akan tertumpu kepada memacu pembangunan daerah berkenaan.

“Saya juga mahu melihat majlis daerah secara proaktif meningkatkan usaha mereka untuk meningkatkan hasil. Jika anda tidak melaksanakan seperti yang diamanahkan, anda akan terus menjadi liabiliti kepada kerajaan. Justeru, saya mahu semua pegawai yang dilantik memegang jawatan masing-masing memainkan peranan dalam majlis daerah yang dibentuk”, tambahnya.

Hajiji berkata, Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) hanya akan kekal sebagai dokumen jika kita tidak menterjemah semua isi kandungannya dalam bentuk tindakan. Mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas itu perlu melaksanakan perancangan berkenaan.

“Setakat ini, saya gembira kerana kami telah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh satu tahun selepas melancarkan Hala Tuju SMJ dengan berjaya menarik beberapa pelaburan mega dan banyak lagi kini dalam proses pelaksanaan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati atau leka. Kita harus sentiasa konsisten untuk mendorong kita mencapai lebih banyak lagi kejayaan demi rakyat dan negeri ini.

“Oleh itu, marilah bersama-sama saya secara progresif untuk terus melangkah ke hadapan. Marilah kita lakukan ini untuk rakyat dan Sabah yang tercinta.

“Apa yang penting, rakyat akan terus bersama kami kerana kerajaan GRS-BN adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat termasuk di luar bandar. Marilah kita berganding bahu untuk sama-sama membangunkan negeri ini”, tegasnya lagi.

Hajiji turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina Dewan Masyarakat Daerah Telupid yang baharu.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J.Kurum, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Jamili Nais, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew dan Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetony.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya