HomeUtamaKerajaan GRS-BN teruskan Program PANTAS, percepat pengeluaran geran tanah NT

Kerajaan GRS-BN teruskan Program PANTAS, percepat pengeluaran geran tanah NT

Read Time:1 Minute, 14 Second

TELUPID: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) meneruskan Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) bagi menyelesaikan kerja-kerja pengukuran tanah adat negeri (NCR) di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri komited untuk terus memberi tumpuan kepada pengeluaran geran tanah kepada rakyat negeri Sabah kerana ia menjangkau soal kehidupan orang kita tanpa mengira suku bangsa, anutan mahupun fahaman politik.

“Program PANTAS yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011, kini diteruskan oleh Kerajaan GRS-BN kerana menyedari kepentingan pengeluaran geran tanah kepada rakyat negeri ini, khususnya anak negeri di luar bandar, termasuk di daerah Telupid.

“Pendekatan untuk meneruskan Program PANTAS ini juga untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Telupid, Pelancaran Buku Kajian Pelan Pembangunan Daerah Telupid (Aspirasi Daerah Telupid (2022-2030) dan merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Telupid di Dewan Majlis Daerah Telupid, hari ini.

Hajiji menyerahkan sebanyak 181 geran tanah NT melibatkan keluasan 1,294.296 ekar dan warta simpanan kampung iaitu Tapak Kediaman Anak Negeri Kampung Telupid Batu 4, seluas 201.336 ekar.

“Kerajaan mahu supaya proses pengeluaran geran tanah ini diperkasa dan diperhebatkan lagi tahun ini. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah berjaya mengukur tanah untuk golongan anak negeri dengan jumlah keluasan 15,511.52 hektar, dan mewartakan sebanyak 80 kawasan sebagai Tanah Simpanan Perkampungan Khas untuk anak negeri”, tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya