HomeUtamaPerpaduan kaum di Sabah mampu martabat budaya etnik ke peringkat lebih tinggi

Perpaduan kaum di Sabah mampu martabat budaya etnik ke peringkat lebih tinggi

Read Time:1 Minute, 2 Second

BELURAN : Perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini dalam menyambut perayaan khususnya Pesta Kaamatan mampu mengangkat martabat budaya suatu kaum ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuklah dengan kehadiran tetamu mahupun pelawat dari Semenanjung yang turut sama meraikan sambutan Pesta Kaamatan di negeri ini.

“Pada hari ini kita melihat buat pertama kali, perasmi perayaan Pesta Kaamatan adalah seorang Menteri dari Persekutuan yang berasal dari Semenanjung. 

“Penganjuran seperti ini harus dilihat dari aspek perpaduan seterusnya berupaya mengangkat serta memartabatkan budaya suku kaum khususnya Kadazan Dusun ke persada lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran di sini pagi tadi.

Majlis itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, kehadiran tetamu dari Semenanjung juga mampu menonjolkan lagi kebudayaan suku kaum Kadazan Dusun yang telah sekian lama diraikan.

“Jadi usaha seperti penganjuran Pesta Kaamatan ini sudah tentu akan dapat meletakkan budaya suku kaum Kadazan Dusun ke tahap lebih tinggi sehingga peringkat Nasional.

“Penganjuran Pesta Kaamatan juga dapat memupuk budaya pelbagai kaum di Sabah dan rasa hormat-mengormati diantara satu kaum dengan lain adalah merupakan budaya diamal oleh masyarakat Sabah sejak sekian lama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular