HomeSukanSabah FC tidak patah semangat, terus berusaha cipta kemenangan

Sabah FC tidak patah semangat, terus berusaha cipta kemenangan

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Tekanan dan asakan yang diberikan Kelantan United FC yang bermain secara agresif menjadi antara faktor skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee hilang rentak permainan pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas malam tadi.

Kim Swee berkata, beliau terpaksa membuat banyak pertukaran pemain termasuk menggantikan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar dan penyerang N Thanabalan yang baru pulih daripada kecederaan.

“Kita tahu yang Thana, Baddrol baru pulih dari kecederaan dan mereka tidak bermain 90 minit sebelum ini.  Jadi pertukaran itu harus menjadi kelebihan kepada kita dimana saya memasukkan Saddil (Saddil Ramdani); Tommy (Tommy Mawat Bada) dan juga Gary (Garyu Steven Robert).

“Mereka lebih cergas tetapi pasukan Kelantan dengan pemain import yang bernombor sembilan (Njoku Jacob), saya percaya ia merupakan pemain terbaik mereka untuk dapat menjaringkan gol penyamaan.

“Itu telah meletakkan kita dalam tekanan namun kita terus dan pujian harus diberikan kepada pemain dimana mereka berusaha pada minit terakhir untuk mendapatkan gol, ini perlu dijadikan satu teladan dimana selepas ini kita perlu fokus dan kembali kepada prestasi seperti sebelum ini,” katanya dalam sidang media semalam.

Pada perlawanan itu, Sabah FC  berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain import Taiki Kagayama pada minit ke-41.

Bagaimanapun, hajat tuan rumah untuk kekal mendahului jaringan tidak kesampaian adalah Njoku berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67 sebelum Saddil menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular